Me and Me

Tuesday, November 25, 2014

Impi sekadar mimpi

Tajuk macam pelik.. memang jenguk sini semata bila hati rasa kosong... bukan xda kerja nak buat... ikutkan kerja tray kat sebelah ni x pernah kosong.. kurang skit tambahnya banyak... dan setiap hari sebelum pulang akan atur kerja untuk keesokkannya.. rutin yang tak pernah berubah.. rutin yang sama juga apabila pulang kerumah.. cuma sesekali ngelat dgn kerja2 dirumah apabila penat yang teramat. dan bila berlaku dalam hati akan mula rasa bersalah yang menggunung.. sebabnya cuma terasa seolah mengabaikan tanggungjawab . mengomel bila mula rasa lelah..

Dan waktu ini mula fikirkan cuti yang aman.. adakah cuti yang aman? hari cuti hujung minggu pun sibuk dengan urusan rumah tangga. kalau lah cuti tahunan masih banyak dapatlah abiskan masa untuk rehatkan diri sepuas2nya.. tapi tuntutan kerja ni pulak makin hujung tahun makin sibuk dibuatnya. jadi impian untuk bercuti tu sekadar anganan sajalah...

semoga dapat mimpi bercuti tenangkan dan rehatkan diri sepuas puasnya di tempat paling indah malam nanti.. dan apabila bangun nanti dengan cukup segar dan bersemangat untuk teruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Wednesday, June 25, 2014

sekian lama menyepi...

Hmmm slalu orang dah besawang kan .  aku punya blog bukan stakat bsawang.. Dah bedebu tebal pun... Hoishh konon dlu mcm nak rajin update Sgt... Huh mmg hangat2 taik ayam jelah....

Hari ni sempena guna HP bru ... Tringat plak kt blog yg mcm x wujud ni... Hu..tangan pun gatal lah nk Cuba update pakai HP.

Hmm camni rasa pakai HP serba boleh rupanya. Jakun gak LA. Memandangkan aku ni yg x suka gajet... agak payah nak menyesuaikan diri. klakar ok bila hanphone ringing tapi tak tau nak jawab mcm mana. bayangkan lah sndri cmana gelagat aku time tu.. 

Tutup cite update x update .. dah mmg bukan peminat gajet.. mmg bukan keutamaan lah ngadap laptop  ke hp semata nak berblog kan.. hp pun aku guna sekadar trima dan buat panggilan  dan sms jugak. itu aje.. ini mujur aje rasa sedikit lapang dan otak dah tak mampu piker pasal kerja,...

sebenarnya banyak perkara terpendam tapi x berupaya nak meluahkan.. dari anak 1 bawak ke 2 dah azam yg 1 tu mmg x tertunai .. hoho lantak lah. sape kesah kan. so tanam azam lagi sekali untuk cuba menyimpan kenangan disini..

so ini cahaya kekal abadi ku.. 2nd doter.
dah lepas cukur .. baru Nampak boolat anak mama


kuar aje rambut terpacak.